Bolsonaro bantah Lula jadi calon presiden
SAO PAULO - Presiden Brazil, Jair Bolsonaro membantah keputusan Mahkamah Agung yang membatalkan hukuman terhadap bekas Presiden Luiz Inacio Lula da Silva, lapor Agensi Anadolu.
Bercakap kepada penyokongnya di kediaman rasmi di Brasilia, Bolsonaro berkata rakyat negara ini tidak mahu Lula menjadi calon.
"Saya percaya rakyat Brazil tidak mahu calon seperti itu (Lula) pada tahun 2022," kata Bolsonaro.
Keputusan yang dibacakan Hakim Edson Fachin membolehkan Lula kembali menyertai arena politik dan menjadi calon dalam pilihan raya presiden tahun depan.
Pasukan peguam Lula menyifatkan keputusan mahkamah berkenaan membuktikan bekas presiden itu tidak bersalah.
Lula, 75, ahli politik sayap kiri yang memerintah Brazil dari 2003 hingga 2011. Beliau disabitkan bersalah menerima rasuah daripada syarikat kejuruteraan sebagai balasan memberikan kontrak awam pada 2018 dan telah menghabiskan lebih 18 bulan di penjara. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!