'Doakan kesembuhan Raiha Syuhaida, Ra'if Adam Lutfan'

Dr Adham turut menziarahi Raiha Syuhaida yang dirawat di Hospital Kajang. - Foto: Facebook Dr Adham Baba
Dr Adham turut menziarahi Raiha Syuhaida yang dirawat di Hospital Kajang. - Foto: Facebook Dr Adham Baba
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada Selasa menziarahi pasangan adik-beradik yang merupakan anak kepada seorang pemandu ambulans PKD Hulu Langat yang maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Saujana Impian, Kajang pada Ahad lalu.

Adham berkata, pasangan adik-beradik itu, Raiha Syuhaida Remyzan, 13 dan adiknya, Ra'if Adam Lutfan Remyzan,7 masing-masing kini dirawat di Hospital Kajang dan Hospital Tuanku Azizah Kuala Lumpur.

"Saya melawat Raiha Syuhaida terlebih dahulu yang ditempatkan di wad pediatrik Hospital Kajang, sebelum menziarahi adiknya yang menerima rawatan di wad pediatrik, ICU (Unit Rawatan Rapi) Hospital Tuanku Azizah Kuala Lumpur.

"Kedua-dua mereka berada dalam keadaan tenat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Pada Ahad lalu, pasangan adik-beradik itu bersama ibu bapa mereka terlibat dalam kemalangan di lokasi kejadian selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah van.

Dr Adham (kanan) ketika menziarahi Ra'if Adam di Hospital Tuanku Azizah Kuala Lumpur hari ini. - Foto: Facebook Dr Adham Baba
Dr Adham (kanan) ketika menziarahi Ra'if Adam di Hospital Tuanku Azizah Kuala Lumpur hari ini. - Foto: Facebook Dr Adham Baba

Bapa dan ibu mereka, Remyzan Baharuddin, 42, dan Suzyla Ahmad Dahlan, 40, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pasangan adik beradik itu dilaporkan cedera parah di bahagian kepala.

Dalam pada itu, Adham meminta semua pihak untuk mendoakan kesembuhan pasangan adik-beradik itu.

Artikel Berkaitan:

"Doakan kedua-dua adik-beradik ini dapat harungi detik-detik kecemasan perubatan ini dengan baik.

"Semoga ALLAH SWT mempermudahkan segalanya buat adik Raiha Syuhaida dan Ra’if Adam," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!