Mahkamah Agung Brazil batal hukuman bekas Presiden Lula
BRASILIA - Mahkamah Agung Brazil pada Isnin membatalkan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap bekas Presiden Luiz Inacio Lula da Silva, sekali gus memberi peluang kepadanya untuk menjadi calon dalam pilihan raya presiden 2022, lapor Agensi Berita Xinhua.
Hakim Edson Fachin berkata, mahkamah di Curitiba, sebenarnya tidak berkuasa untuk membicarakan Lula atas tuduhan rasuah dan dia mesti dibicarakan semula di Mahkamah Persekutuan di Brasilia.
Keputusan berkenaan dibuat berikutan permohonan dikemukakan kumpulan peguam bekas presiden pada November lalu.
Pasukan peguam menyifatkan keputusan mahkamah berkenaan membuktikan bekas presiden itu tidak bersalah.
Lula, 75, ahli politik sayap kiri yang memerintah Brazil dari 2003 hingga 2011. Beliau disabitkan bersalah menerima rasuah daripada syarikat kejuruteraan sebagai balasan memberikan kontrak awam pada 2018 dan telah menghabiskan lebih 18 bulan di penjara.
Sementara itu, pihak pendakwa akan membuat rayuan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!