Kontroversi Puteri Diana berulang kembali

Putera Harry dan Meghan Markel seakan-akan mencetuskan semula kontroversi terhadap keluarga diraja Britain sejak pendedahan dibuat Puteri Diana pada 1990-an. - Foto: Agensi
Putera Harry dan Meghan Markel seakan-akan mencetuskan semula kontroversi terhadap keluarga diraja Britain sejak pendedahan dibuat Puteri Diana pada 1990-an. - Foto: Agensi
A
A
A

LONDON - Keluarga diraja Britain berdepan tekanan pada Selasa gara-gara pendedahan kontroversi dibuat Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle berhubung dakwaan rasisme ketika wawancara eksklusif bersama hos terkenal, Oprah Winfrey yang disiarkan CBS pada Ahad.

Istana Buckingham bagaimanapun masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi tentang isu tersebut yang mendapat perhatian banyak pihak terutamanya media di United Kingdom (UK).

Daily Mail turut membuat liputan sebanyak 25 halaman muka surat tentang dakwaan 'toksik' dengan tajuk muka depan 'apa yang mereka sudah lakukan?'

Akhbar The Times menerusi laporan mereka menyatakan, Ratu Elizabeth II mungkin memerlukan sedikit masa untuk menjawab segala persoalan yang timbul.

Sementara itu, bapa Meghan, Thomas bertindak mempertahankan keluarga diraja dan beliau berharap kenyataan tentang warna kulit cucunya hanyalah satu 'soalan bodoh' dan bukan satu bentuk rasisme.

Difahamkan, kontroversi keluarga diraja Britain kembali menjadi buah mulut ramai selepas keruntuhan perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana pada 1990-an.

Sebelum ini, Puteri Diana berkolaboratid dengan penulis, Andrew Morton menerusi biografi pada 1992 yang turut membongkar rahsia beliau pada sesi bual bicara disiarkan BBC pada 1995.

Ketika wawancara kontroversi itu, Diana mendedahkan tentang isu kecurangan dan masalah yang dihadapinya seperti cuba mencederakan diri sendiri serta bulimia.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, lebih 17 juta menonton program selama dua jam tersebut yang disiarkan pada malam Ahad lalu dan lebih 11 juta tontonan direkodkan selepas ia ditayangkan di ITV di UK sehari selepas itu. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!