Suspek nahas jalan raya di Kajang akan dituduh esok

Kemalangan yang menyebabkan pasangan suami isteri maut di lokasi kejadian pada Ahad.
Kemalangan yang menyebabkan pasangan suami isteri maut di lokasi kejadian pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang suspek lelaki yang memandu kenderaan sehingga mengakibatkan sepasang suami isteri maut dan dua anak mereka cedera dalam kemalangan jalan raya di Jalan Saujana Impian, Kajang, dekat sini, Ahad lepas, akan didakwa di Mahkamah pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek yang merupakan seorang warga tempatan berusia 28 tahun, akan dituduh di Mahkamah Kajang pada 9 pagi.

“Suspek akan didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri maut, dua anak cedera dalam nahas jalan raya

Pada Ahad lepas, pasangan suami isteri berkenaan yang dikenali sebagai Remyzan Baharudin, 42, dan isteri Suzyla Ahmad Dahlan, 40, dan dua anak mereka cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan van di jalan berkenaan.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 4 petang itu, kereta yang dinaiki mereka telah bertembung dengan sebuah van dari arah bertentangan yang hilang kawalan, sebelum merempuh penghadang jalan dan memasuki laluan mereka.

Kemalangan itu, menyebabkan Remyzan dan Suzyla meninggal dunia di tempat kejadian. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!