PH Selangor tunggu pandangan pimpinan tertinggi

Amirudin (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang penerima dalam program berkenaan yang berlangsung di Dewan Terbuka Kampung Melayu Batu Caves, Gombak pada Selasa.
Amirudin (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang penerima dalam program berkenaan yang berlangsung di Dewan Terbuka Kampung Melayu Batu Caves, Gombak pada Selasa.
A
A
A

GOMBAK - Pakatan Harapan (PH) Selangor sedang menunggu pandangan dan polisi daripada pimpinan tertinggi gabungan itu berhubung kerjasama dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu merupakan satu perubahan dasar yang signifikan dan ia perlu dibincangkan dengan teliti serta tuntas.

Beliau berkata, langkah itu juga adalah bagi menggelakkan usaha-usaha reformasi yang dibawa selama ini tidak gagal.

“Saya percaya ini (hubungan dengan UMNO) antara kerangka yang harus kita fikirkan.

“Ia bukan hanya persoalan political expediency, ia bukan persoalan numbers in politics atau numbers to gain the goverment, tapi ia adalah untuk mencorak dan membentuk rakyat di negara ini,” katanya selepas Program Penyerahan Bantuan Bakul Makanan Kepada Pemandu Teksi dan Bas Sekolah yang berlangsung di Dewan Terbuka Kampung Melayu Batu Caves di sini pada Selasa.

Amirudin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan UMNO pada PRU15 susulan parti itu memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

Mengulas lanjut, Amirudin yang juga Pengerusi PKR Selangor berharap agar cadangan itu dapat dibawa ke peringkat Biro Politik dan kepimpinan tertinggi parti itu untuk dibincangkan dengan lebih lanjut.

“Hatta (perkara ini perlu dibawa ke) kongres sekali pun.

Artikel Berkaitan:

“Ia perlu dibawa ke peringkat perbincangan dan melalui proses-proses tertentu dalam struktur yang kita telah sedia ada dan kukuh ketika ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!