Usahawan Agropreneur Muda masih aktif, jana pendapatan lumayan

Ahmad (tiga dari kiri) menyampaikan sijil kepada seorang penerima Kursus Agropreneur Muda Rancangan Perniagaan di Merlimau, Jasin pada Selasa.
Ahmad (tiga dari kiri) menyampaikan sijil kepada seorang penerima Kursus Agropreneur Muda Rancangan Perniagaan di Merlimau, Jasin pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Sebanyak 95 peratus daripada 6,908 jumlah penerima geran Agropreneur Muda di seluruh negara masih aktif sejak program diperkenalkan pada 2016 mampu menjana pendapatan lebih RM5,000 sebulan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan l, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, angka itu menjadi penanda aras bahawa program tersebut mendapat sambutan dan membantu golongan muda memperoleh pendapatan lumayan terutama sektor tanaman biarpun negara berdepan cabaran Covid-19.

Menurutnya, kesemua 6,562 usahawan muda itu masih menunjukkan peningkatan pendapatan konsisten lebih RM5,000 sebulan membabitkan empat sektor utama iaitu pertanian, perikanan, penternakan dan pemprosesan.

“Geran itu tidak terhad kepada tanaman semata-mata malah menggalakkan mereka yang menceburi sektor industri makanan seperti pembuatan dan pemprosesan makanan mengambil peluang memohon geran yang akan diberikan dalam bentuk bantuan peralatan.

“Hanya lima peratus daripada peserta didapati tidak lagi aktif berikutan pelbagai kekangan termasuk beralih bidang dan yang masih menjalankan perniagaan mereka setelah mendapat geran itu,” katanya.

Ahmad (duduk, tiga dari kanan) bersama sebahagian penerima geran selepas merasmikan Kursus Agropreneur Muda Rancangan Perniagaan dan menyampaikan replika cek kepada 26 Agropreneur Muda di Merlimau, Jasin.
Ahmad (duduk, tiga dari kanan) bersama sebahagian penerima geran selepas merasmikan Kursus Agropreneur Muda Rancangan Perniagaan dan menyampaikan replika cek kepada 26 Agropreneur Muda di Merlimau, Jasin.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Agropreneur Muda Rancangan Perniagaan dan menyampaikan replika cek kepada 26 Agropreneur Muda di Merlimau, Jasin pada Selasa.

Jelasnya, semua usahawan di bawah program itu akan diberi bimbingan mengikut bidang masing-masing dan tahap penguasaan dinilai menerusi program-program lawatan dijalankan sehingga peserta berjaya menjana pendapatan yang kukuh.

Artikel Berkaitan:

“Kita akan membuat lawatan dan pemantauan setakat mana sebenarnya usaha-usaha yang telah mereka jalankan, kalau bersesuaian dan bertepatan dengan syarat ditetapkan, kita tiada masalah untuk luluskan.

“Bahkan geran yang kita berikan berdasarkan keperluan untuk mereka meneruskan usaha sama ada diberikan barangan atau barang-barang pertanian seperti baja dan sebagainya,” katanya.

Ahli Parlimen Jasin tersebut turut menyarankan golongan muda menceburi bidang tanaman cili yang sentiasa mendapat permintaan dan meraih pendapatan lumayan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!