Aksi JDT, KDA raih tontonan tertinggi

Aksi pembuka tirai antara JDT dan KDA meraih tontonan tertinggi di laman YouTube. Foto: Johor Southern Tigers
Aksi pembuka tirai antara JDT dan KDA meraih tontonan tertinggi di laman YouTube. Foto: Johor Southern Tigers
A
A
A

ENAM perlawanan minggu pertama saingan Liga Super yang berlangsung sengit minggu lalu, mencatat jumlah melebihi 2.5 juta tontonan di laman YouTube dengan aksi pembuka tirai antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), meraih tontonan tertinggi.

Kejayaan JDT mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih kali keempat berturut-turut selepas menewaskan KDA FC 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim itu pada Jumaat lepas, mencatat jumlah tontonan sebanyak 626,385 setakat 4.30 petang Selasa.

Jumlah kedua tertinggi adalah pertembungan antara Selangor FC dan Sri Pahang FC yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) selepas kemenangan 3-1 skuad Gergasi Merah merekodkan 578,602 tontonan.

Ia diikuti 374,367 tontonan bagi perlawanan sengit melibatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menentang Terengganu FC, yang menyaksikan pasukan pelawat berjaya membawa pulang tiga mata penuh di Stadium UiTM di Shah Alam dengan kemenangan 1-2.

Aksi antara Perak FC dan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) di Stadium Perak, Ipoh yang berkesudahan tanpa jaringan tidak kurang hebatnya, apabila merekodkan 332,147 tontonan.

Sementara itu, kemenangan 1-0 Penang FC ke atas Kuala Lumpur City FC hasil jaringan tunggal David Rowley di Stadium Bandaraya mendapat 300,432 tontonan, manakala aksi Melaka United FC menentang Sabah di Stadium Hang Jebat berakhir dengan keputusan seri 1-1 meraih 289,194 tontonan.

Perlawanan Liga Super 2021 disiarkan unifi menerusi saluran unifi Sports 701-705, aplikasi unifi PlayTV serta saluran YouTube unifi di https://www.youtube.com/c/unifiistheone/featured.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!