10 warga asing ditahan
Pegawai Undang-Undang dan Penguatkuasa MPN,
Muhammad Shah Izat Saleh berkata, operasi bermula dengan membuat tinjauan di lokasi pasar malam Taman Semarak.
"Operasi bermula jam 5 petang itu melibatkan seramai 13 anggota Jabatan
Imigresen negeri, dan anggota penguatkuasa MPN seramai 27 orang.
"Hasil daripada operasi di pasar malam telah berjaya menahan seramai sembilan orang warga asing yang telah digajikan oleh majikan tanpa permit yang sah.
"Manakala MPN telah mengeluarkan enam kompaun berniaga tanpa lesen dan sebuah lori buah di sita yang dimiliki oleh warga asing," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Muhammad Shah berkata, manakala pada jam 9.30 malam, operasi ke lokasi seterusnya berhampiran sebuah asrama yang mana seorang peniaga wanita warga asing ditahan.
"Di sini berlaku insiden kejar mengejar, namun wanita itu berjaya ditahan namun seorang lelaki dipercayai suaminya berjaya melarikan diri.
"Hasil pemeriksaan pihak Imigresen, dia tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, manakala
MPN telah sita semua barang perniagaan," katanya.
Tambahnya, operasi ini mensasarkan peniaga warganegara asing yang menjual makanan di luar kawasan asrama tersebut.
"Pada sebelah malam, beberapa orang warga asing membuat bising di kawasan tersebut (mabuk) sehingga menganggu ketenteraman sekitar peduduk berhampiran," katanya.
Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, kesemua yang ditahan berumur antara 20 hingga 30-an tetap memberikan kerjasama sehingga selesai operasi kira- kira jam 11 malam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!