Projek RM8.9 juta: 'Datuk' disyaki kemuka dokumen palsu ditahan SPRM

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang pengurus syarikat bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu kerana disyaki mengemukakan dokumen mempunyai butiran palsu bagi tujuan memperoleh projek bernilai kira-kira RM8.9 juta di sebuah kementerian.

Menurut sumber SPRM, projek tersebut ialah tender membekal makanan di institusi kerajaan bagi tempoh dua tahun bermula 2018.

Suspek lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira 12 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, suspek tersebut dilepaskan dengan jaminan SPRM setelah rakaman percakapannya selesai dilakukan hari ini.

Perkara itu disahkan Pengarah SPRM Putrajaya Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!