Simpan duit i-Sinar dalam ASB

Junaidah turut menggunakan sebahagian wang i-Sinar untuk membeli gajet bagi sesi PdPR anak-anaknya sebelum ini.
Junaidah turut menggunakan sebahagian wang i-Sinar untuk membeli gajet bagi sesi PdPR anak-anaknya sebelum ini.
A
A
A

KUANTAN - Suri rumah, Junaidah Abdul Rahim, 41, melaburkan sebahagian wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkannya dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Menurutnya, wang itu akan digunakan untuk masa depan keluarganya selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu.

“Saya anggap ia satu pelaburan yang selamat bagi kegunaan kami sekeluarga.

“Sebahagian duit itu juga digunakan untuk menampung kos sara hidup kami sekeluarga” katanya.

Sementara itu, pekerja di kedai pembekal bahan kek dan roti, Suhara Mohd Shah, 32, dari Melaka pula berkata, dia terpaksa membuat permohonan pengeluaran i-Sinar akaun satu untuk menyelesaikan hutang sedia ada selain membantu keluarga memandangkan pendapatan suami terjejas akibat pandemik Covid-19.

Suhara
Suhara

Suhara berkata, sekiranya masih terdapat baki wang pengeluaran itu, dia merancang untuk membeli emas sebagai pelaburan dan simpanan.

“Bagi saya tak rugi kita beli emas, sebab selalunya harga emas akan meningkat dan ada faedah yang kita buat dengan wang KWSP selain menjelaskan hutang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!