Bomba selamatkan wanita cuba bunuh diri

Pasukan bomba dibantu pihak polis memegang jaring di bahagian bawah jejantas dan berjaya menyelamatkan wanita yang cuba membunuh diri di jejantas stesen monorail Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur pada Khamis.
Pasukan bomba dibantu pihak polis memegang jaring di bahagian bawah jejantas dan berjaya menyelamatkan wanita yang cuba membunuh diri di jejantas stesen monorail Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita berjaya diselamatkan daripada cubaan bunuh diri dalam kejadian di Jalan Maharajalela, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian jam 8.57 pagi, wanita berusia 39 tahun itu dilihat berdiri di atas bumbung jejantas stesen monorail pada ketinggian 9.1 meter.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Wan Hamizan Kamaruddin berkata, wanita tersebut yang merupakan warganegara tempatan turut memegang sebilah pisau dan meletakkannya di leher bagi menghalang pasukan penyelamat menghampirinya.

"Hasil tindakan pantas anggota bomba berjaya menangkap mangsa pada jam 9.28 pagi dengan selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Katanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan, seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu terlibat dalam operasi menyelamat tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!