Pengajaran di sebalik Israk dan Mikraj

Sultan Sharafuddin menyeru umat Islam mengambil pengajaran daripada peristiwa Israk dan Mikraj. Foto: Ihsan FB Selangor Royal Office
Sultan Sharafuddin menyeru umat Islam mengambil pengajaran daripada peristiwa Israk dan Mikraj. Foto: Ihsan FB Selangor Royal Office
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyeru umat Islam agar dapat menjadikan peristiwa Israk dan Mikraj sebagai pengajaran seperti yang dituntut dalam agama Islam.

Menerusi teks disediakan oleh Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir berkata, peristiwa berkenaan bukan hanya sekadar satu kisah pengajaran, namun merupakan perjalanan keimanan, ketakwaan dan kehambaan yang menuntut amal serta ubudiyah kepada ALLAH SWT.

Menurutnya, peristiwa Israk dan Mikraj berlaku selepas Nabi Muhammad SAW dijemput oleh ALLAH SWT untuk menjadi tetamunya setelah diuji dengan pelbagai ujian.

"Kesukaran dan kesakitan Nabi Muhammad telah diganti dengan kegembiraan serta keyakinan. Inilah yang perlu difahami setiap Muslim.

"Kesusahan ketika bekerja akan diganti dengan kemanisan upah ganjaran," katanya menerusi teks berkenaan pada Khamis.

Selain itu, beliau berkata, kemuncak peristiwa itu juga menyaksikan Nabi Muhammad telah bertemu ALLAH SWT dengan diwahyukan kefardhuan solat ke atas baginda.

"Kefardhuan 50 waktu solat ini juga telah diringan oleh ALLAH SWT dengan hanya lima waktu solat sahaja sehari semalam.

"Kewajipan ibadah ini adalah hadiah istimewa daripada ALLAH SWT untuk Nabi Muhammad SAW dan umatnya.

Artikel Berkaitan:

"Ia cukup istimewa kerana Nabi Muhammad menerimanya secara langsung daripada ALLAH tidak seperti ibadah-ibadah lain," katanya.

Tambahnya, ia juga merupakan pemberian istimewa kerana terdapat fadilat yang terlalu banyak disediakan menerusi pelaksanaan ibadah ini.

"Gandaan pahalanya juga tidak sepatutnya dilepaskan oleh umat Islam. Maka jaga dan hargailah ibadah ini dengan memastikan ia didirikan pada awal waktu dan secara berjemaah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!