Pasukan SAR belum temui warga emas yang hilang
KUCHING - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui seorang warga emas yang dikhuatiri hilang di dalam hutan berdekatan rumah panjangnya Rumah Buda Meriok, Nanga Engkelili, Sri Aman.
Mangsa, Langkau Anak Belun, seorang lelaki Iban berusia 85 tahun.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata operasi hari keempat hari ini disertai 70 anggota dari pelbagai agensi termasuk 30 penduduk rumah panjang.
Katanya, operasi dibahagi kepada dua sektor, iaitu sektor satu menyusuri sungai menggunakan bot bersama-sama orang kampung dengan radius pencarian sejauh enam hingga tujuh kilometer.
Bagi sektor 2 pula pencarian melalui darat dilakukan dalam radius tiga hingga empat kilometer ke arah barat.
Katanya, operasi hari ini ditangguh pada 6 petang dan akan disambung pagi esok. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!