Hampir 250,00 individu terima dos pertama vaksin Covid-19
KUALA LUMPUR - Seramai 249,909 individu telah menerima dos pertama vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat Khamis.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Selangor merekodkan pemberian vaksin tertinggi dengan 29,208 individu diikuti Sarawak (28,212), Kuala Lumpur (25,190) dan Sabah (20,411).
“Sementara itu di Perak, seramai 21,160 individu, Johor (19,559), Pahang (19,314), Kedah (15,834), Kelantan (15,339), Terengganu (13,070), Pulau Pinang (12,608) dan Negeri Sembilan (10,801).
“Di Melaka pula seramai 7,126 individu, Perlis (6,006), Putrajaya (3,733) dan Labuan (2,338),” katanya menerusi infografik di akaun Twitter miliknya pada Jumaat.
Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari itu, menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!