Israel tutup laluan di perkampungan Palestin
![Jengkaut Israel menutup jalan menghubungkan Khillet al-Dabaa dan Masafer Yatta.](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/02/14/185862.jpg)
HEBRON - TEBING BARAT . Pihak berkuasa Israel memusnahkan dan menutup sebatang jalan di selatan Hebron di Tebing Barat yang diduduki pada Isnin lalu.
Penyelaras Jawatankuasa Penentangan Popular di selatan Hebron, Rateb al-Jbour berkata, jengkaut Zionis menutup jalan yang menghubungkan Khillet al-Dabaa dan Masafer Yatta.
Tindakan itu menjejaskan pergerakan keluar masuk penduduk di perkampungan terbabit.
Difahamkan, rejim Israel secara berterusan menutup jalan tersebut sejak ia dibuka penduduk Palestin di kawasan berkenaan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!