330 individu dikompaun RM10,000 ingkar SOP PKP: KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bercakap kepada media pada majlis pemakaian sayap juruterbang dan penutupan rasmi kursus ‘ Private Pilot License ‘ No 18 Siri 1/2019 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara pada Jumaat. - Foto Bernama
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bercakap kepada media pada majlis pemakaian sayap juruterbang dan penutupan rasmi kursus ‘ Private Pilot License ‘ No 18 Siri 1/2019 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Seramai 330 individu telah dikompaun sebanyak RM10,000 sepanjang tempoh 24 jam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, orang awam sewajarnya menjadikan kenaikan kompaun itu sebagai satu peringatan agar tidak mengambil mudah dalam pematuhan SOP.

“Tular gambar notis kompaun itu disebabkan individu tersebut gagal mendaftar MySejahtera. Kita kena ingat peraturan itu dilaksanakan demi keselamatan pengunjung lain ke premis perniagaan.

“Kompaun RM10,000 itu sebagai peringatan kepada mereka yang selalu mengulangi kesalahan hingga mengundang risiko jangkitan,” katanya pada Majlis Pemakaian Sayap Juruterbang dan Penutupan Rasmi Kursus ‘Private Pilot’s Licence (PPL)’ no 18 Siri 01/2019 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara PDRM di sini pada Jumaat.

Abdul Hamid berkata, kira-kira tiga peratus warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh negara yang menolak menerima suntikan vaksin Covid-19 atas faktor kesihatan.

Menurutnya, penolakan tersebut melibatkan anggota dan pegawai yang bertugas di beberapa negeri antaranya Kelantan, Kedah dan Perak.

"Lebih 95 peratus menyatakan kesediaan untuk terima vaksin, mungkin tiga peratus (menolak). Saya tiada data dan mereka menolak kerana penyakit dan risiko seperti alahan dan hamil.

"Selain Kelantan, di Kedah pun ada dan Perak ada sikit. Saya akan berusaha menerangkan kebaikannya kepada anggota berdasarkan pandangan dan nasihat Kementerian Kesihatan.

Artikel Berkaitan:

"Itu tempat rujukan paling tepat sekali bukan daripada bomoh, pendita, guru dan ajaran sesat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kompaun RM10,000 bermula hari ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!