Tun M minta kerajaan beri perhatian isu di Bukit Malut

Mahathir
Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan memberi perhatian terhadap isu penempatan haram Bukit Malut di Langkawi, Kedah yang berlarutan sejak sekian lama.

Dr Mahathir berkata, penyelesaian tersebut memerlukan tindakan proaktif Kerajaan Persekutuan dengan melibatkan beberapa agensi kerajaan.

Tambah beliau, pembangunan pengangkutan perlu dilakukan untuk menampung jumlah penduduk yang akan dipindahkan.

“Pembangunan tersebut memerlukan peruntukan yang besar dan hanya boleh didapati dengan bantuan kewangan kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Negeri Kedah tidak mungkin mampu untuk sediakan peruntukan yang besar untuk bangunkan penempatan baharu.

“Kerajaan negeri mampu memainkan peranan untuk selesaikan perkara-perkara berkaitan kuasa negeri,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Sebelum itu Ahli Parlimen Langkawi tersebut memaklumkan kawasan berkenaan asalnya diduduki rakyat Myanmar yang datang dan membina keluarga di situ, termasuk ada yang berkahwin dengan penduduk tempatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!