WHO luluskan vaksin Covid-19 keluaran Johnson & Johnson
GENEVA- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat meluluskan vaksin Covid-19 Johnson & Johnson (J&J).
Keputusan itu membuka jalan untuk 500 juta dos tambahan untuk memasuki skim perkongsian vaksin global Covax.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataannya berkata, kemunculan vaksin baharu itu adalah sebagai satu lagi langkah untuk mengendalikan pandemik itu.
Berita itu muncul setelah vaksin satu dos itu mendapat kelulusan dari Kesatuan Eropah (EU) kelmarin.
Ia juga telah menerima lampu hijau dari pengawal selia di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Afrika Selatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!