'I okey, okey sangat' - Sajat
SHAH ALAM- Selepas video kontroversi mendakwa mahu keluar Islam, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat kini tampil dengan video terbarunya.
Menerusi video yang dimuatnaik semalam menerusi Instagram (IG) rasminya, Sajat mengatakan dia dalam keadaan baik sebelum mempromosikan produk perniagaannya.
"I okey, I okey sangat," katanya berulang kali.
Meskipun dia kini menjadi buruan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan tiada siapa yang tahu di mana dia berada, usahawan kontroversi itu dilihat rancak memuat naik enam video terbaru untuk mempromosikan produk perniagaannya.
Menurut sumber, penguat kuasa kini berusaha menjejaki Sajat dan tidak menolak kemungkinan dia masih berada di Lembah Klang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!