Hasenhuttl sahkan Djenepo tidak beraksi
PENGENDALI Southampton Raplh Hasenhuttl mengesahkan Moussa Djenepo berkemungkinan tidak dapat beraksi berdepan Brighton di Stadium St Mary, malam ini.
Djenepo dilaporkan mengalami kecederaan pangkal paha ketika beraksi berdepan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), ketika ini, Manchester City pada Khamis.
“Djenepo dikeluarkan setelah hanya beraksi selama 30 minit pada perlawanan berkenaan dan kecederaannya nampak tidak serius.
“Apa pun, diharapkan agar dia dapat kembali menjalani latihan hujung minggu ini sebagai persediaan untuk aksi berdepan Brighton,” katanya.
Setakat ini, pemain kelahiran Mali itu dilaporkan telah menjaringkan satu gol dalam 21 aksi EPL buat The Saints.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!