Jangan terkejut kalau saya berserban: Norhizam

Norhizam Hassan Baktee
Norhizam Hassan Baktee
A
A
A

MELAKA - Jangan terperanjat kalau saya berserban, saya nak jadi baik dan lebih baik," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Norhizam yang sinonim dengan gelaran 'YB gengster' berkata, beliau bukan sahaja telah dilamar oleh Pas, malah parti lain termasuk UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) namun memberi jangkaan akan menghentikan teka-teki mengenai parti yang akan dipilih menjelang Julai depan.

Menurutnya, beliau masih mempertimbangkan kesemua lamaran itu dan apa yang lebih penting sekarang adalah tempoh bekerja untuk rakyat dan terserah kepada kebijaksanaan rakyat memilih wakil rakyat yang akan mewakili mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Secara jujur saya dilamar Pas, UMNO dan Bersatu. Saya akan istiqamah solat malam dan pastikan parti mana akan saya sertai nanti," katanya pada sidang akhbar di Empangan Batu Hampar di sini pada Sabtu.

Norhizam yang juga Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, juga tidak menolak sekiranya beliau terus kekal sebagai wakil rakyat bebas pada PRU akan datang.

"Insya ALLAH mungkin (bebas), saya tidak takut, kalau tidak pun bebas saya dah ada logo sendiri iaitu 'Yb viral' dan bendera pun ada, yang penting kita turun padang untuk rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!