Sebulan terputus bantuan, terharu bantuan MAIS

Nur Ain Surinah (kiri) dan Nur Fatima Cinta.
Nur Ain Surinah (kiri) dan Nur Fatima Cinta.
A
A
A

JENJAROM - "Saya pernah makan nasi berlaukkan sardin selama sebulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lalu," kata mualaf Nur Ain Surinah Abdullah, 41, yang turut terkesan akibat pandemik Covid-19.

Nur Ain Surinah bagaimanapun bersyukur kerana dalam tempoh itu masih ada pihak yang datang membantu.

"Ketika itu orang ramai tidak boleh keluar, jadi saya bersama suami dan dua orang anak sukar mendapatkan bekalan makanan," katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan fidyah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Surau Al-Hidayah, Taman Desa Kemandol, di sini pada Sabtu.

Wanita berkenaan antara 125 keluarga yang menerima wang fidyah sebanyak RM12,5000 daripada MAIS.

Seorang lagi penerima, Nur Fatima Cinta Abdullah, 61, turut mengakui gembira menerima bantuan fidyah tersebut.

Warga emas itu yang tinggal selama sembilan tahun di Taman Desa Kemandol di sini berkata, ada ketika terputus bekalan makanan sepanjang PKP namun ada pihak yang datang menyampaikan sumbangan.

Sementara itu, Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, sumbangan tersebut melibatkan kerjasama daripada Penggerak Masyarakat Orang Asli Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Menurutnya, seramai 20 orang wakil keluarga dari kawasan itu menerima bantuan fidyah bernilai RM100 membabitkan makanan keperluan harian seperti beras, gula, minyak dan tepung.

Artikel Berkaitan:

"Program bantuan fidyah ini pertama kali dilaksanakan dan akan diteruskan menjelang Ramadan untuk membantu lebih ramai orang yang terkesan, terutama golongan B40, peniaga dan penjaja yang mula bekerja semula setelah PKPB dilaksanakan dan mereka yang hilang pekerjaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!