275,851 individu sudah terima dos pertama vaksin Covid-19
KUALA LUMPUR - Seramai 275,851 individu menerima dos pertama vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat Jumaat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Selangor merekodkan pemberian vaksin paling tinggi dengan 33,163 individu diikuti Sarawak (29,052), Perak (28,463) dan Kuala Lumpur (28,244).
"Sementara itu di Pahang, seramai 21,841 individu, Sabah (21,708), Johor (20,276), Kedah (16,546), Pulau Pinang (15,459), Kelantan (15,339), Terengganu (13,070) dan Negeri Sembilan (12,197).
Di Melaka pula seramai 7,733 orang, Perlis (6,591), Putrajaya (3,827) dan Labuan (2,342)," katanya menerusi infografik di akaun Twitter miliknya pada Sabtu.
Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari itu, menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!