Operator kilang maut motosikal bertembung lori

Mayat mangsa terbaring di lokasi kejadian (foto: ihsan IPD Kemaman)
Mayat mangsa terbaring di lokasi kejadian (foto: ihsan IPD Kemaman)
A
A
A

KEMAMAN - Seorang operator kilang maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan tembikai dalam kejadian di Kilometer (KM) 157 Jalan Jerangau-Jabar (Ladang Sungai Pinang), di sini malam Sabtu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 7.50 malam itu, Mohamad Heri Hero Mazari Roslan, 33, yang menunggang motosikal Kawasaki Ninja 650 disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila lori hilang kawalan selepas salah satu tayar kenderaan itu pecah.

Keadaan kerosakan lori di lokasi (Foto: Ihsan IPD Kemaman)
Keadaan kerosakan lori di lokasi (Foto: Ihsan IPD Kemaman)

"Lori yang dipandu lelaki berusia 47 tahun itu kemudian masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan motosikal mangsa yang datang dari arah Jabor, di sini.

"Akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi. Mayat mangsa di bawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Bagaimanapun katanya, pemandu lori jenis Isuzu NPR150 tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Hanyan, pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!