Ular sawa 30kg dalam kandang kambing
KUANTAN - Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lipis menangkap seekor ular sawa yang sedang membelit seekor kambing di dalam sebuah kandang di Kampung Bapong, Lipis awal pagi Ahad.
Kejadian itu disedari pemilik ternakan berkenaan yang memeriksa kandang selepas terdengar bunyi mencurigakan.
Pegawai, Kapten (PA), Mohd Azhar Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 1.02 pagi dan mengarahkan empat anggota ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, reptilia seberat 30 kilogram (kg) dan panjang lima meter itu didapati sedang membelit seekor kambing yang didapati sudah mati tetapi belum sempat menelan haiwan terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, anggota APM mengambil masa 18 minit untuk menangkap reptilia itu dan tiada sebarangan kecederaan dilaporkan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!