Pedofilia Colombia dipenjara 60 tahun
BOGOTA - COLOMBIA . Seorang lelaki yang melakukan serangan seksual terhadap 276 kanak-kanak dan remaja di Colombia dan kemudian menjual video itu kepada pedofilia lain dijatuhkan hukuman penjara 60 tahun, semalam.
Juan Carloz Sanchez memilih mangsanya di pusat beli-belah di bandar Barranquilla, menawarkan mereka wang untuk menemaninya ke beberapa tempat, sebelum menyerang mereka dan berkongsi gambar rakaman itu di Internet.
Sanchez berusia lewat 30-an dikenali dengan nama samaran “Fierce Wolf”, ditahan di penjara La Picota di Bogota, selepas mengaku bersalah melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur dan membuat pornografi kanak-kanak.
Sanchez ditahan pada November lalu ketika menyeberangi sempadan di Venezuela. – AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!