'PKR jadi lebih kuat menjelang PRU-15'

DR RAFIE
DR RAFIE
A
A
A

SEREMBAN - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menjadi lebih kukuh dan mantap menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 15 apabila ahli yang tidak berwawasan keluar parti.

Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban, Datuk Dr Rafie Abd Malek berkata, ramai ahli yang berkorban dalam perjuangan dan menerima pelbagai tekanan bermula pada penghujung1998.

Menurutnya, mereka dipukul ketika demonstrasi, dimasukkan dalam lokap dan dipecat daripada pekerjaan semata-mata memperjuangkan keadilan dan kebenaran.

"Namun malangnya ada di antara mereka yang diberi amanah memimpin dalam PKR berlaku curang, salah guna kuasa, mementingkan diri sendiri dan gagal berfungsi sebagai pemimpin kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Bagaimanapun Rafie berkata, beliau yakin PKR dapat mengembalikan matlamat perjuangan asalnya semasa parti itu ditubuhkan kerana satu persatu individu yang bermasalah dalam kepimpinan telah keluar.

Tambahnya, selaku antara individu yang bertanggungjawab melahirkan PKR pada 4 April 1999 lalu, beliau optimis bahawa PKR akan menjadi lebih kukuh dan mantap menjelang PRU 15.

Pada Sabtu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan keluar parti berkuatkuasa serta-merta.

Xavier turut mengumumkan akan menjadi Ahli Parlimen Bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, tindakan tersebut diambil kerana kecewa terhadap situasi politik yang berlaku dalam negara ketika ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!