JPN lancar soal selidik Ordinan Darurat Berita Tidak Benar

JPN melancarkan soal selidik dalam talian 'Reaksi Terhadap Ordinan Darurat Berita Tidak Benar' yang telah diwartakan oleh kerajaan bagi mengekang berita palsu. Gambar hiasan.
JPN melancarkan soal selidik dalam talian 'Reaksi Terhadap Ordinan Darurat Berita Tidak Benar' yang telah diwartakan oleh kerajaan bagi mengekang berita palsu. Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Penerangan Malaysia (JPN) melancarkan soal selidik dalam talian 'Reaksi Terhadap Ordinan Darurat Berita Tidak Benar' yang telah diwartakan oleh kerajaan bagi mengekang berita palsu.

Soal selidik tersebut dijalankan bermula 14 Mac hingga 17 Mac bagi mendapat maklum balas orang ramai mengenai pelaksanaan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No.2) 2021.

Kajian berkenaan merangkumi 13 soalan yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pemahaman, penerimaan dan demografi.

Pada Jumaat, penguatkuasaan Ordinan Darurat Berita Tidak Benar dilaksanakan bagi mengekang penularan berita tidak benar.

Mengikut ordinan tersebut, 'berita tidak benar' termasuklah apa-apa berita, maklumat, data dan laporan keseluruhan atau sebahagiannya palsu yang berhubungan dengan Covid-19 atau Proklamasi Darurat sama ada dalam bentuk rencana; visual atau rakaman audio; dan dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea.

Ordinan berkenaan memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali. Bagi kesalahan yang berterusan pula, denda yang dikenakan tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kajian tersebut boleh diisi melalui pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdDafnnn5tolz0S5KvxlVYY_Oee4wIjC-SOkYRqoLJmX6PyUQ/viewform

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!