109 individu dikompaun RM1.13 juta

Pusat hiburan di Muar yang diserbu kerana melanggar SOP PKP pada Sabtu.
Pusat hiburan di Muar yang diserbu kerana melanggar SOP PKP pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 109 individu dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah RM1.13 juta selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak Covid-19 dalam satu operasi di sebuah premis pusat hiburan di Muar pada Sabtu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua individu berumur 17 hingga 52 tahun itu ditahan pada jam 10.45 malam.

Ayob Khan menunjukkan gambar ketika operasi di sebuah pusat hiburan di Muar pada Sabtu.
Ayob Khan menunjukkan gambar ketika operasi di sebuah pusat hiburan di Muar pada Sabtu.

Menurutnya, polis turut menahan pengurus premis hiburan berumur 52 tahun yang kemudiannya dikenakan denda RM50,000 kerana didapati melanggar SOP yang ditetapkan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Ini merupakan tindakan kompaun terbesar di negara ini sejak kerajaan melaksanakan Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021.

“Mengikut ordinan ini mana-mana individu yang melanggar SOP sewaktu tempoh perlaksanaan darurat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 yang berkuat kuasa pada 11 Mac lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Ahad.

Ayob Khan berkata, semakan rekod juga mendapati premis berkenaan sudah dua kali diserbu pada 26 Februari serta 10 Mac lalu.

“Namun pemilik premis masih berdegil biarpun surat pembatalan lesen telah diedarkan Majlis Perbandaran Muar pada 10 Mac lalu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pelbagai peralatan sistem siar raya dirampas termasuk dua unit pembesar suara, dua unit 'amplifier', satu unit pemain cakera video digital (DVD), satu unit Equalizer dan satu unit pemprosesan komputer (CPU).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!