Ketua agensi pengelolaan darurat AS letak jawatan
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Ketua Agensi Pengelolaan Darurat Persekutuan Amerika Syarikat (FEMA) mengumumkan peletakan jawatannya, semalam.
Memegang jawatan sejak terbabit sejak Jun 2017, Long Brock telah mengetuai beberapa operasi menangani situasi kecemasan dan darurat termasuk operasi di Puerto Rico susulan Taufan Maria yang meragut ribuan nyawa.
Long yang sebelum ini dikatakan terlibat dalam pertelingkahan berhubung penggunaan dana kerajaan berkata, sudah tiba masa untuk beliau pulang ke pangkuan keluarga.
Berpengalaman menguruskan lebih 200 situasi darurat dan kecemasan Long berkata, kesempatan berkerja di FEMA adalah peluang sekali seumur hidup.
Terdahulu, laporan Inspektor Jeneral Jabatan Keselamatan Dalam Negeri mengatakan, Long harus membayar balik kepada kerajaan sejumlah AS $151,000 (RM 614,213 ) bagi kos kenderaan dan kakitangan terlibat dalam perjalanan peribadi, kebanyakannya dari Washington ke kediamannya di North Carolina.
Sementara itu, tempat Brock akan digantikan timbalannya, Peter Gaynor.- BBC
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!