Pejalan kaki maut dilanggar ketika lintas jalan

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Avanza ketika melintas jalan berhampiran jejantas di Simpang Kuala di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian jam 8.35 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berusia 48 tahun melintas dari kiri ke kanan jalan.

Menurutnya, ketika kejadian, Toyota Avanza datang dari pusat bandar menghala ke Simpang Kuala.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala pemandu kereta berusia 59 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!