Kor Ming kekal Pengerusi DAP Perak
IPOH - Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi DAP Perak selepas memperoleh undi tertinggi pada pemilihan parti itu sempena Konvensyen Biasa DAP Perak pada Ahad.
Beliau turut berkongsi jumlah undi dengan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Perak pada pemilihan tersebut.
Mereka mendapat 1,228 undi mengatasi 28 calon lain yang bertanding dalam pemilihan yang disertai oleh 1,731 perwakilan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC) di sini.
Dengan kedudukan itu, Nga Kor Ming kekal sebagai Pengerusi DAP negeri sejak 2014, manakala Sivakumar sekali lagi memegang Timbalan Pengerusi.
Antara calon lain yang kekal adalah Datuk Ngeh Koo Ham (Penasihat); A Sivanesan dan Dr Abdul Aziz (Naib Pengerusi) serta Wong Kah Woh (Setiausaha).
Bendahari yang sebelum ini dipegang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong diganti oleh ADUN Pasir Pinji, Lee Chuan How, manakala ADUN Buntong, A Sivasubramanian sebelum ini memegang jawatan penolong Setiausaha Organisasi kini diganti ADUN Menglembu, Chaw Kam Foon.
Berikut adalah jawatankuasa baru DAP Perak;
Penasihat: Datuk Ngeh Koo Ham
Pengerusi: Nga Kor Ming
Timbalan Pengerusi: V Sivakumar
Naib Pengerusi:
A Sivanesan
Dr Abdul Aziz Bari
Setiausaha: Wong Kah Woh
Penolong Setiausaha: Ong Boon Piow
Bendahari: Lee Chuan How
Penolong Bendahari: Dr Ko Chung Sen
Setiausaha Organisasi: Teh Kok Lim
Penolong Setiausaha Organisasi:
1. Chaw Kam Foon
2. Woo Kar Leong
Setiausaha Publisiti: Chong Zhemin
Penolong Setiausaha Publisiti: Jenny Choy Tsi Jen
Pengarah Pendidikan Biro Politik: Loh Sze Yee
Ahli Jawatankuasa:
1. Wong May Ing
2. Cheah Pou Hian
Ahli Jawatankuasa Lantikan:
1) Woo Kar Leong
2) Ong Seng Guan
3) Teoh Yee Cherng
4) Nga Hock Cheh
5) Jenny Choy Tsi Jen
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!