Apa salahnya beri laluan kepada ambulans

Video yang tular di media sosial mengenai seorang pemilik kenderaan yang langsung tidak memberi laluan kepada sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit dalam kecemasan.
Video yang tular di media sosial mengenai seorang pemilik kenderaan yang langsung tidak memberi laluan kepada sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit dalam kecemasan.
A
A
A

MENYIRAP betul darah Merak Jalanan bila melihat satu video yang tular di media sosial mengenai seorang pemilik kenderaan yang langsung tidak mahu memberi laluan kepada sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit dalam kecemasan.

Kejadian di Lebuh Raya Persekutuan itu dipercayai berlaku minggu lalu. Walaupun sudah dibunyikan siren, namun pemilik kenderaan tersebut tidak mahu berganjak sehingga memaksa pemandu ambulans menggunakan pembesar suara.

Pemandu kereta itu tetap tidak mahu berganjak. Bukan sebab tidak ada ruang, tapi memang degil dan pentingkan diri sendiri.

Sedangkan pemilik kenderaan lain memberikan kerjasama dengan bergerak ke tepi untuk memberikan laluan kepada ambulans terbabit.

Jangan marahkan ambulans tersebut kalau kena sondol. Kita kena fikir, mungkin dalam ambulans tersebut ada pesakit yang sedang kritikal yang perlukan rawatan segera.

Bayangkan kalau sanak saudara kita dalam ambulans tersebut, apa perasaan kita. Mungkin tak pernah kena kat batang hidung sendiri. Bila sudah kena nanti, barulah menyesal.

Isu pemandu tidak memberikan laluan ambulans ini sebenarnya bukanlah baharu. Merak Jalanan nak nasihatkan kepada pemandu di negara ini, janganlah terlalu bersikap pentingkan diri.

Apa salahnya beri kerjasama kepada frontliners. Tidak rugi pun kalau kita bersikap bertimbang rasa kerana mungkin sedikit pengorbanan yang kita lalukan itu boleh menyelamatkan satu nyawa.

Artikel Berkaitan:

Ambulans bukan suka-suka nak bunyikan siren, mereka ada tugas berat untuk menyelamatkan nyawa.

Merak Jalanan nak beri cadangan kepada pihak berkuasa supaya pemandu yang menghalang ambulans ini dikenakan kompaun RM10,000 sama seperti yang dikenakan kepada individu yang tak ikut SOP Covid-19.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!