Terima kasih beri 'oksigen' untuk industri seni

Prisma merupakan pakej bantuan kerajaan untuk penggiat seni berjumlah RM89.2 juta.
Prisma merupakan pakej bantuan kerajaan untuk penggiat seni berjumlah RM89.2 juta.
A
A
A

SHAH ALAM - Para penggiat seni tanah air menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kerana menyediakan beberapa pakej bantuan untuk membantu industri seni yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menurut Penerbit Eksekutif, Dark White Creative Solution, Tengku Sharmizi Tengku Sharil, usaha yang digerakkan oleh Finas dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menunjukkan pengiat industri seni kreatif sentiasa dipeduli.

"Kami suka mengucapkan ribuan terima kasih kepada Finas dan KKMM yang telah berusaha sepenuhnya dalam membantu kami para penggiat industri seni kreatif.

"Beberapa langkah yang agak segera juga telah dijalankan seperti Dana Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (Pelaksana) dan Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma) bagi tujuan menyelamat serta membantu industri daripada kesan impak pandemik yang melanda," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sementara itu, Penerbit Dream At Work, Muhammad Razlan Ismail mengakui, dugaan dan impak pandemik yang melanda amat menguji semua dan tentunya tidak terkecuali pengiat industri kreatif di Malaysia.

MUHAMMAD RAZLAN
MUHAMMAD RAZLAN

"Pengembelingan tenaga antara Finas dan persatuan membantu beberapa sahabat kami melalui sumbangan kilat ketika musibah dan beberapa bantuan lain membuatkan diri kami pengiat seni rasa dihargai.

"Terima kasih juga kepada semua stesen TV di Malaysia kerana sentiasa membantu dan membuatkan suara kecil kami didengari," kata Muhammad Razlan.

Artikel Berkaitan:

Seorang pembantu pengarah bebas, Najib Rahim berkata, melalui pelbagai bantuan beliau dan rakan-rakan bagaikan kembali mendapat 'oksigen' selepas dunia industri kreatif yang selama ini bercahaya tiba-tiba gelap akibat pandemik Covid-19.

Industri seni tanah air turut terkesan akibat pandemik Covid-19.
Industri seni tanah air turut terkesan akibat pandemik Covid-19.

"Kerjaya dan punca rezeki kami tiba-tiba lenyap. Terima kasih kepada beberapa persatuan yang bersama kami turun membantu, tidak terkecuali pihak Finas yang telah meredakan kerisauan kami," katanya.

Pada Februari lalu, kerajaan menerusi KKMM dan Finas melancarkan Prisma iaitu suntikan dana berjumlah RM89.2 juta bagi menggerakkan semula ekonomi industri kreatif.

Prisma dijangka memberi manfaat kepada seramai lebih 9,000 penggiat industri kreatif serta berupaya mewujudkan sekurang-kurangnya 40,000 peluang pekerjaan melalui 32 program merangkumi empat kategori.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!