Best FM atur strategi baharu

best-FM
best-FM
A
A
A

JOHOR BAHRU - Stesen radio paling popular di selatan tanah air, Best FM menyifatkan 2019 sebagai tahun yang begitu mencabar buat kumpulan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Best FM, Yusry Abu Samah berkata, bagaimanapun beberapa perancangan dan strategi telah diaturkan dalam menaikkan jumlah pendengar.

"Perancangan dan strategi juga telah diaturkan untuk bersaing dengan lebih produktif dalam industri penyiaran radio yang semakin mencabar," katanya ketika berucap pada Sidang Media Best FM 2019 dan Seminar Best Radio Ads di sini, semalam.

Turut hadir, Pengurus Kewangan Best FM, Saidatina Hadijah Abdullah; Penolong Pengurus Pentadbiran Best FM, Wan Mohd Noor Wan Mohamed dan Pengurus Rancangan Best FM, Azhar Mohd Esa.

Yusry berkata, Best FM kini semakin menampakkan kejayaannya dan telah mendapat tempat di hati pendengar sekali gus menjadi stesen radio nombor satu paling popular di selatan tanah air.

"Malah kami juga merupakan nombor dua tertinggi di Malaysia dari segi jumlah masa mendengar paling lama di seluruh Malaysia, di kalangan radio berbahasa Melayu," katanya.

Selain itu, katanya, untuk tahun ini, Best FM juga menampilkan penyampai radio selebriti baharu iaitu Maya Matahari atau kini dikenali Mya Ruslee yang dijangka mampu memberikan suntikan segar kepada stesen tersebut.

"Bukan sekadar wajah baru di ruang udara Best FM, tahun ini kami juga akan kembali semula dengan siri jelajah atau roadshow Pentas Best FM ke bandar-bandar besar di selatan tanah air Johor dan Melaka pada bulan April.

Artikel Berkaitan:

"Ini untuk membolehkan kami bertemu dengan pendengar-pendengar setia Best FM dengan lebih dekat. Ia diikuti dengan program-program yang lebih menarik dan baru," katanya.

Seminar Best Radio Ads

Bercakap mengenai Seminar Best Radio Ads, Yusry berkata, menjadi hasrat stesen radio tersebut untuk membantu pihak syarikat mengembangkan lagi perniagaan diusahakan dengan strategi pemasaran lebih kos efektif.

"Ini untuk meningkatkan hasil jualan produk mahupun perkhidmatan yang diberikan oleh pihak syarikat.

"Kepesatan pembangunan ekonomi di rantau selatan tanah air kebelakangan ini merupakan pasaran yang paling berpotensi tinggi di Malaysia selepas pasaran sentral Kuala Lumpur," katanya.

Best FM turut percaya segala usahasama strategik dan jalinan perniagaan bersama pihak syarikat akan membuahkan hasil dan memberi kejayaan kepada kedua belah pihak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!