Gali kubur, pindah jenazah pesakit Covid-19 gara-gara mimpi

Enam jenazah Covid-19 dipindahkan di tanah perkuburan dI Bandar Parepare di Sulawesi. - Foto Tribunnews
Enam jenazah Covid-19 dipindahkan di tanah perkuburan dI Bandar Parepare di Sulawesi. - Foto Tribunnews
A
A
A

SULAWESI - Ahli keluarga yang menggali kubur dan memindahkan jenazah pesakit Covid-19 di tanah perkuburan dI Bandar Parepare di Sulawesi hingga tular di laman sosial mengaku bermimpi dan bertemu mangsa agar kuburnya dipindahkan.

Menerusi laporan Tribunnews, Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Sulawesi Selatan, Kombes Pol E Zulpan, menegaskan seramai enam individu berjaya ditahan gara-gara memindahkan jenazah ahli keluarganya dari tanah perkuburan terbabit.

"Salah seorang daripada suspek mengaku bermimpi mangsa dan dikatakan mangsa menyuruh mereka pindahkan kuburnya ke lokasi lain.

"Akibat dibebani amanah, mereka telah menggali kubur menggunakan cangkul dan memindahkan mayat itu pada Jumaat lalu," katanya.

Insiden mengejutkan ini disedari oleh penduduk yang melihat sebuah kubur berlubang tanpa mayat.

Sebelum ini, seramai enam mayat korban Covid-19 yang dikebumikan di tanah perkuburan Lemoe Village, Parepare turut hilang.

Di lokasi tersebut, terdapat beberapa kubur digali kemudian keranda ditinggalkan begitu sahaja.

Pihak polis terus melakukan siasatan lebih terperinci terhadap kes terbabit kerana ia semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan:

Tindakan tegas juga akan diambil sekiranya insiden berkenaan berulang kembali.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!