301,699 individu sudah terima dos pertama vaksin Covid-19
KUALA LUMPUR - Seramai 301,699 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah menerima dos pertama vaksin setakat Ahad.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 36,163 individu, diikuti Perak (33,036), Sarawak (31,527) dan Kuala Lumpur (28,244).
"Di Sabah seramai 26,446 individu, Pahang (25,325), Johor (22,965), Kedah (18,539), Pulau Pinang (16,758), Kelantan (15,411) dan Terengganu (14,137).
"Di Negeri Sembilan pula seramai 12,209 individu, Melaka (7,963), Perlis (6,807), Putrajaya (3,827) dan Labuan (2,342),” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya hari ini.
Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari lalu menyasarkan untuk memberi imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!