KASA siasat punca air bertukar hitam

Tuan Ibrahim (kanan) mendengar penerangan daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan, Kamal Mustapha semasa meninjau keadaan runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi hari ini.
 - Foto Bernama
Tuan Ibrahim (kanan) mendengar penerangan daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan, Kamal Mustapha semasa meninjau keadaan runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi hari ini.
 - Foto Bernama
A
A
A

PASIR MAS - Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedang mengenal pasti punca sebenar perubahan warna air di kawasan hutan pesisir pantai Tanjung Tuan di Melaka yang sebelum ini didakwa dicemari sisa tumpahan minyak.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana siasatan awal pihaknya mendapati air di pantai berkenaan tidak tercemar selain perubahan warna air itu juga tidak memberi kesan kepada hidupan air.

"Pertama sekali, air itu tiada bau dan tiada kesan minyak cuma berwarna hitam. Kita tengah pantau dari semalam (Ahad) lagi dan pihak berkaitan juga telah turun ke kawasan berkenaan.

"Buat masa ini kita tak dapat kenal pasti punca kejadian dan air ini tidak tercemar, ikan pun tak mati, minyak serta bau pun tiada.

“Kejadian ini tidak berbahaya kepada penduduk dan hidupan (air),” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian tebing runtuh di Dataran Air Muleh, Kampung Pohon Celagi, di sini pada Isnin.

Semalam, media melaporkan keadaan hutan pesisir pantai Tanjung Tuan yang menjadi penampan penting hakisan pantai di Melaka dikhuatiri semakin nazak dan berkemungkinan lenyap berikutan kerap dicemari sisa tumpahan minyak kapal dari Selat Melaka yang sukar dibersihkan.

Menurut laporan itu, sebahagian besar pokok bakau di hutan berkenaan juga mati sejak Oktober lalu dipercayai akibat diselaputi minyak. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!