Polis siasat dakwaan pasangan kekasih dikompaun RM10,000

Datuk Huzir Mohamed - Foto Bernama
Datuk Huzir Mohamed - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis membuat siasatan lanjut berhubung dakwaan pasangan kekasih yang dikenakan kompaun RM10,000 ketika sedang makan di Cheras pada Ahad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis tidak mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada pasangan kekasih itu sebaliknya siasatan awal yang dijalankan mendapati mereka dikenakan tindakan kompaun itu oleh penguat kuasa dari agensi kerajaan yang lain.

"Kita sudah merakam percakapan pasangan berkenaan. Pada masa sama kita juga akan merakam percakapan penguat kuasa yang terlibat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Ia berkaitan tindakan seorang individu membuat hantaran di media sosial dengan mendakwa dirinya dikenakan tindakan kompaun RM10,000.

Individu berkenaan mendakwa dia dan pasangannya masih memakai pelitup muka semasa membuat pesanan kira-kira jam 11.14 pagi.

Bagaimanapun mereka menanggalkan pelitup muka sebaik minuman mereka dihidangkan atas meja pada jam 11.16 pagi dan kira-kira jam 11.37 pagi, mereka mendakwa didatangi sekumpulan pegawai.

Dakwa individu itu, pegawai terbabit mengarahkan mereka mengeluarkan kad pengenalan untuk tindakan kompaun.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!