Polis pun kena saman

Perkongsian FB Polis Kedah mengenai pemeriksaan mengejut dilakukan di pintu masuk IPK Kedah pada Isnin.
Perkongsian FB Polis Kedah mengenai pemeriksaan mengejut dilakukan di pintu masuk IPK Kedah pada Isnin.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis Kedah mengenakan saman ke atas anggotanya yang dikesan melanggar undang-undang jalan raya dalam pemeriksaan mengejut di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah, pagi Isnin.

Beberapa kenderaan milik pegawai dan anggota serta kakitangan awam PDRM Kedah telah disaman kerana melanggar undang-undang jalan raya seperti nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

Melalui hantaran di Facebook Rasmi Polis Kedah, pemeriksaan dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard serta Cawangan Khas IPK Kedah membabitkan dokumen sulit, pemeriksaan kenderaan dan pas keselamatan.

Menurut pengendali halaman Facebook itu, tindakan diambil susulan pertikaian netizen yang mendakwa polis tidak mengenakan tindakan ke atas anggotanya.

"Haritu pertikai polis tidak saman polis. Ini dah saman, pertikai betul atau tidak," tulis pentadbir Facebook itu.

Setakat ini, hantaran di Facebook rasmi Polis Kedah berkenaan tular apabila dikongsi sebanyak 1,000 kali dan menerima lebih kurang 1,500 komen daripada netizen.

Rata-rata netizen memuji usaha berkenaan dan berharap pemeriksaan diperluaskan lagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negara.

Memetik laporan dari Malaysiakini, Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, operasi berkenaan dilaksanakan untuk memberi peringatan supaya anggotanya mengikut undang-undang.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pemeriksaan dari masa ke masa bukan untuk mencari kesalahan sebaliknya memastikan anggota polis juga mesti mematuhi undang-undang seperti orang lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!