Enam maut, lebih 80 masih hilang ribut pasir di Mongolia
MOSCOW - Ribut pasir melanda Mongolia pada hujung minggu menyebabkan enam kematian, termasuk seorang kanak-kanak dan lebih 80 orang hilang, lapor Sputnik.
Menurut penyiar berita CGTN, jabatan kecemasan Mongolia menerima laporan 548 orang hilang pada hujung minggu, 467 daripadanya telah ditemui.
Lima penternak dan seorang kanak-kanak terbunuh, kata penyiar itu.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa hilang masih dijalankan.
Pada Isnin, Beijing dilaporkan mengeluarkan amaran kuning apabila ribut pasir yang bermula dari Mongolia mula melanda ibu negara China.
Kejadian itu mengakibatkan kesesakan teruk dengan jarak penglihatan terhad kepada kurang 1,000 meter. Pihak berkuasa mengesyorkan semua aktiviti luar dibatalkan.
Berikutan itu juga lebih 400 penerbangan di Beijing dibatalkan, memetik Gloal Times. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!