IWK, Air Selangor bekal air bukan minuman kepada pengilang di Lembah Klang

Amirudin (tiga dari kanan) dan Tuan Ibrahim (kiri) menyaksikan majlis menandatangani MoU antara IWK dan Air Selangor di Kuala Lumpur pada Selasa.
Amirudin (tiga dari kanan) dan Tuan Ibrahim (kiri) menyaksikan majlis menandatangani MoU antara IWK dan Air Selangor di Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Indah Water Konsortium Sdn Bhd (Indah Water) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membekalkan air bukan tujuan makanan dan minuman kepada pengilang-pengilang di Lembah Klang.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IWK, Narendran Maniam dan Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Intercontinental pada Selasa.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, inisiatif ini merupakan satu mercu tanda baharu dalam industri air dan pembetungan negara yang mampu mengurangkan bebanan permintaan terhadap bekalan air minum terawat pada masa hadapan.

"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan Selangor dalam membantu usaha kerajaan Persekutuan bagi merealisasikan inisiatif ini.

"Saya turut berharap agar kerajaan negeri, operator air serta industri-industri terlibat dengan penggunaan air yang tinggi lain dapat turut serta menerokai potensi usahasama sebegini bersama IWK," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Hadir sama bagi menyaksikan majlis menandatangani MoU itu adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, sebuah syarikat tujuan khas (special purpose vehicle company) iaitu Central Water Reclamation Sdn Bhd (CWR) telah ditubuhkan sebelum ini bagi tujuan pelaksanaan tersebut.

"Bagi fasa awal, CWR akan mengendalikan Loji Rawatan Air Pulih Guna Guna (LRAP) di Setia Alam, Selangor.

Artikel Berkaitan:

"Loji ini berupaya membekalkan sebanyak 7.5 juta liter air pulih guna sehari dan CWR turut dimiliki oleh Air Selangor sebanyak 60 peratus dan IWK 40 peratus," katanya.

Bagi fasa berikutnya, CWR menetapkan sasaran kumulatif sebanyak 247 juta liter air pulih guna sehari bagi kawasan Lembah Klang.

"Usaha sama ini akan melibatkan jumlah pelaburan sebanyak kira-kira RM600 juta," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!