NASA henti misi Opportunity di Marikh

Perayau robot bersaiz kereta golf itu jauh melangkaui misi perjalanan selama 90 hari seperti yang dirancang.
Perayau robot bersaiz kereta golf itu jauh melangkaui misi perjalanan selama 90 hari seperti yang dirancang.
A
A
A

CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) mengumumkan penamatan misi perayau robot Opportunity semalam, iaitu 15 tahun selepas ia mendarat di planet Marikh.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang akhbar agensi berkenaan di Makmal Pendorongan Jet di Pasadena, California susulan percubaan terakhir NASA untuk berkomunikasi dengan perayau robot itu pada Selasa tidak mendapat respons.

Perayau robot itu tidak dapat dihubungi selama lapan bulan sejak ribut debu membadai planet merah tersebut pada Jun tahun lepas.

Anggota pasukan misi telah cuba memulihkan perayau robot itu namun gagal mewujudkan komunikasi lagi.

Opportunity telah mendarat di Marikh pada 24 Januari 2004.

Antara matlamat saintifik misi itu ialah mencari dan mencirikan pelbagai jenis batuan serta tanah untuk petunjuk kepada aktiviti air pada masa lampau di Marikh. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!