Polis halang gadis cuba terjun jejambat

Tindakan pantas pihak polis menyelamatkan remaja terbabit yang cuba membunuh diri di KM 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Berjaya Hills Bukit Tinggi, Bentong pada Selasa. - Foto ihsan PDRM
Tindakan pantas pihak polis menyelamatkan remaja terbabit yang cuba membunuh diri di KM 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Berjaya Hills Bukit Tinggi, Bentong pada Selasa. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

BENTONG - Tindakan pantas pihak polis berjaya menghalang cubaan seorang remaja untuk membunuh diri di Kilometer (KM) 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Berjaya Hills Bukit Tinggi, di sini pada Selasa selepas ditegur bapanya kerana sering bermain permainan video dalam telefon.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, sepasukan polis yang diketuai Ketua Balai Bukit Tinggi, Sarjan Mejar Maznan Omar bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat mengenai insiden tersebut kira-kira jam 2.12 petang.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian,remaja perempuan berusia 16 tahun yang juga warganegara tempatan itu sedang meniti jejambat dan dipujuk beberapa kali supaya bertenang.

"Pihak bomba dihubungi untuk memberikan bantuan dan bersedia dengan peralatan salvage sheet di bawah jejambat.

"Remaja tersebut berada dalam keadaan tidak stabil ketika berada di atas jejambat berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Remaja perempuan yang cuba membunuh diri di KM 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Berjaya Hills Bukit Tinggi, Bentong pada Selasa. - Foto ihsan PDRM
Remaja perempuan yang cuba membunuh diri di KM 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Berjaya Hills Bukit Tinggi, Bentong pada Selasa. - Foto ihsan PDRM

Ujarnya, pihak polis terus memujuk dan pada ketika itu Ketua Balai Bukit Tinggi berlari ke arah remaja berkenaan dan terus menariknya ke belakang selain dibantu oleh anggota lain.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati punca kejadian kerana bapa remaja itu menegurnya yang sering bermain permainan video dalam telefon.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, telefon milik remaja itu dirampas dan mangsa juga dimaklumkan mengalami kemurungan serta masih mendapatkan rawatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekalinya jika disabitkan kesalahan.

"Remaja terbabit telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan kita berharap agar ibu bapa sentiasa memantau tingkah laku anak-anak agar kejadian seumpama ini tidak berlaku," jelasnya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!