'Kerjasama UMNO, PKR, DAP di luar pengetahuan saya'

Mahdzir (tengah) semasa majlis pelancaran Program Ceria Ke Sekolah, Tenaga Nasional Bhd (TNB) peringkat negeri Selangor di Wisma TNB, USJ pada Selasa.
Mahdzir (tengah) semasa majlis pelancaran Program Ceria Ke Sekolah, Tenaga Nasional Bhd (TNB) peringkat negeri Selangor di Wisma TNB, USJ pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan, beliau tidak mengetahui sekiranya wujud kerjasama antara pemimpin tertinggi UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Beliau berkata, sebarang rundingan, perbincangan untuk kerjasama di antara parti tersebut juga tidak diketahui.

“Setakat ini, sebagai naib presiden, saya tak tahu mengenai hal-hal kerjasama ini. Saya tak tahu sekiranya ada apa-apa bentuk rundingan, perbincangan atau sudah ‘rule out plan’ untuk kerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Ceria Ke Sekolah (CKS), Tenaga Nasional Bhd (TNB), peringkat Negeri Selangor di Wisma TNB, USJ pada Selasa.

Pada 14 Mac lalu, media melaporkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan wujud perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua parti.

Menurut Anwar, perbincangan awal itu melibatkan pimpinan kedua-dua parti dan ia telah menunjukkan perkembangan positif.

Dalam pada itu, Mahdzir yang juga Pengerusi TNB berkata, TNB sentiasa komited membantu golongan memerlukan dan kurang berkemampuan terutama golongan B40.

Menurut beliau, pelancaran program 'Ceria Ke Sekolah' peringkat negeri Selangor hari ini memperuntukkan kira-kira RM310,000 melibatkan 3,100 pelajar daripada keluarga B40 di negeri itu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sumbangan yang dihulurkan TNB itu merangkumi kelengkapan sekolah termasuk pakaian seragam sekolah dan beg sekolah.

“Secara keseluruhannya, TNB memperuntukkan hampir RM3 juta bagi program CSR tahun 2021 yang setakat ini telah diagihkan ke negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih terlalu awal tentukan kerjasama PKR-UMNO: Anwar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!