Kompaun sampai RM10,000!

Seorang pelajar Tingkatan Lima sebelum ini didakwa dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 kerana tidak mendaftar butiran atau mengimbas menerusi aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke sebuah kedai runcit di Melaka. - Foto 123RF
Seorang pelajar Tingkatan Lima sebelum ini didakwa dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 kerana tidak mendaftar butiran atau mengimbas menerusi aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke sebuah kedai runcit di Melaka. - Foto 123RF
A
A
A

SEMUA orang terkejut berita seorang pelajar Tingkatan Lima di Melaka dikompaun RM10,000 oleh kerana gagal buat ‘scan’ dan bagi butiran peribadi apabila masuk ke kedai runcit. Penguat kuasa terus kompaun beliau dengan jumlah itu.

Memang rakyat marah jumlah kompaun setinggi itu. Banyak pihak dah bangkitkan jumlah ini keterlaluan.

Ketua Polis Negara sendiri bagi jaminan bahawa semuanya atas budi bicara polis atau pihak yang berwajib.

Tapi kejadian di Melaka itu jelaslah bahawa soal budi bicara tak diambil kira. Kalau ikut budi bicara takkanlah budak sekolah dikompaun RM10,000.

Dalam satu kes lagi pasangan suami isteri yang sedang makan di sebuah restoran di Kuala Lumpur pun dikompaun RM10,000.

Kesalahan mereka? Buka pelitup muka sewaktu hendak makan. Polis menafikan mereka yang keluarkan kompaun itu. Tentu pihak penguat kuasa lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kata, jumlah kompaun bagi individu sebanyak RM10,000 dan syarikat RM30,000 akan kekal.

Tapi kerajaan akan senaraikan kesalahan yang dikenakan kompaun sebanyak itu.

Artikel Berkaitan:

Soalan Awang, kenapa tak senaraikan dulu sebelum umum dan buat tindakan. Kita buat peraturan tertentu, tapi bila rakyat marah kita ubah peraturan itu.

Dalam keadaan sekarang, banyak rakyat yang patuh pada SOP. Memang ada yang degil. Tapi biarlah berpada-pada menghukum.

Semua inilah yang buat rakyat bingung dan marah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!