Doktor pakar KPJ Puteri terima suntikan vaksin Covid-19
JOHOR BAHRU – Barisan doktor pakar Hopsital Pakar KPJ Puteri menerima suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech, sekaligus menjadi kumpulan pertama hospital tersebut yang berbuat demikian.
Suntikan diterima di Dewan Muafakat Johor, Taman Adda dilakukan secara berperingkat selepas Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, dengan fasa pertamanya bermula sejak 24 Februari lalu hingga April.
Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Puteri, Haliza Khalid berkata ini adalah antara sokongan hospital swasta kepada kerajaan dalam usaha memberi keyakinan kepada rakyat tentang pengambilan vaksin ini.
“Kita sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam mendepani pandemik Covid-19 dengan memastikan semua barisan hadapan anggota kesihatan divaksin terlebih dahulu.
“Dengan sokongan ini ia memberi keyakinan rakyat dan menyokong ke arah memastikan 70 peratus keseluruhan populasi negara divaksin di bawah Pelan Imunisasi Kebangsaan bagi penyakit Covid-19 pada 2021,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Senarai doktor pakar ini dibuat melalui proses imbasan kod MySejahtera, yang menjadi aplikasi bagi satu daripada kaedah pendaftaran penerimaan vaksin COVID-19.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!