Foto lagi wowww dengan vivo siri X60-ZEISS
Saban tahun silih berganti, vivo telah membuktikan kemampuan dan kehebatannya sebagai jenama pengeluar telefon pintar sehingga dinobatkan Top 5 Global Smartphone Vendors 2020.
Perubahan dan peningkatan demi peningkatan yang dipamerkan oleh Siri X vivo selama ini dengan pelancaran system sokongan penstabilan pertama dalam telefon pintar melalui siri X50 pada tahun lalu.
Kini gandingan mantap bersama ZEISS, pastinya akan membawa aspek pengimejan optikal telefon pintar vivo ke suatu tahap baharu dengan kemunculan siri X60 yang dikuasakan lensa ZEISS.
vivo dan ZEISS bergabung tenaga untuk pengimejan mobil
Bagi memberikan satu pengalaman merakam foto menakjubkan kepada peminat setia, vivo bekerjasama dengan pengasas dan peneraju utama pengimejan optik iaitu ZEISS bagi memperkenalkan dengan membangunkan inovasi dalam teknologi pengimejan mobil.
Pastinya dalam era teknologi mobil hari ini, para pengguna sememangnya sentiasa teruja dalam kehidupan sosial dan seboleh-bolehnya ingin merakamkan kesemua detik-detik indah serta berkongsinya setiap masa atau di mana sahaja.
Apa yang hebatnya, sejak kebelakangan ini beberapa filem yang pernah memenangi Anugerah Oscar dirakam penggambarannya menggunakan lensa dari ZEISS. Untuk itu, vivo dan ZEISS menghasilkan system pengimejan mobil baharu sebagai satu bentuk kerjasama jangka panjang dalam memberikan pengalaman mobilgrafi menakjubkan kepada pengguna.
Pengalaman merakam foto itu merupakan satu reflaksi terbaik sama ada untuk tujuan perniagaan, seni fotografi, dan keterujaan dalam kehidupan sebenar. Dalam tempoh 25 tahu lalu, vivo telah menyelami dan memahami keinginan berbeza-beza setiap pengguna melalui penyelidikan komprehensif.
Oleh itu, dengan kesungguhan penyelidikan dan pembangunan keinginan pengguna dan inovasi, vivo telah berjaya menghasilkan generasi telefon pintar yang menjadi mengikat keinginan dan kepercayaan para pengguna.
Apa tidaknya, dalam era perkembangan fotografi telefon pintar, vivo tidak jemu-jemu memenuhi setiap keinginan para penggunanya dan sentiasa menampilkan pembaharuan inovasi dalam setiap produk vivo terutamanya dari sudut fotgrafi mobil.
Bagi menjamin pengguna selalu mendapat kepuasan dan kesetiaan untuk jangka panjang, vivo telah membangunkan pusat penyelidikan dan pembangunan imej di peringkat global dengan kekuatan lebih 700 kakitangan untuk pusat berkenaan.
“vivo ZEISS Imaging Lab” bakal memberikan satu persembahan terbaik kepada para pengguna yang sukakan kreativiti dalam merakam gambar dengan keupayaan terkini pengimejan optikal telefon pintar vivo.
Untuk gambaran lebih jelas, ZEISS telah mengemudi pembangunan dan inovasi dalam teknologi optikal sejak 1846. ZEISS juga telah dinobatkan sebagai pembuat dan peneraju terkemuda dalam teknologi optikal.
Tiga Ciri Terbaik Telefon Pintar vivo
1. Gimbal Stabilization 2.0
2. Extreme Night Vision 2.0
Siri X60 juga dilengkapi dengan Extreme Night Vision 2.0 baharu yang sudah dipertingkatkan di mana inovatif vivo mengurangkan gangguan algoritma AI ketika suasana cukup gelap. Kini tiada lagi masalah untuk merakam gambar waktu malam biarpun dalam keadaan gelap gelita. Apa lagi yang anda mahukan?
3. Qualcomm Snapdragon 870
Pemprosesan 870 terbaharu mampu menyelesaikan isu pada pemprosesan 865 sebelum ini dalam segenap segi, termasuk daya kelajuan 10 peratus untuk keupayaan CPU dan GPU. Ia juga menyokong mod dual 5G untuk membolehkan anda terus terhubung dengan dunia 5G sepanjang masa. Maknanya isu keupayaan dan kelancaran penggunaan telefon pintar tiada pada vivo siri X60.
Apa yang menarik lagi, selain daripada penampilan fungsi fotografi professional, vivo siri X60 juga didatangkan dengan ZEISS Biotar Portrait Style dan 120Hz Refresh Rate.
ZEISS Biotar Portrait Style
Siri X60 series menghasilkan semula hampir keseluruhan ciri-ciri yang terdapat pada lensa Biotar lenses, termasuk pemusatan resolusi dan juga putaran bokeh lensa Biotar.
#vivoX60Series
#ZEISSCameraLenses
#vivoXZEISS
#PhotographyRedefined
#X60VisualCreator
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!