Lima pekerja kilang ditahan rentas negeri

Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki lima lelaki ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di KM43 Jalan Temerloh-Bahau pada Selasa.
Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki lima lelaki ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di KM43 Jalan Temerloh-Bahau pada Selasa.
A
A
A

BERA - Lima pekerja kilang kelapa sawit dari Negeri Sembilan termasuk empat warga asing ditahan selepas 'mencuba nasib' merentas ke negeri ini tanpa surat kebenaran pada Selasa.

Lelaki berusia 23 hingga 38 tahun itu ditahan pada jam 3.45 petang di sekatan jalan raya di Kilometer 43, Jalan Temerloh-Bahau di sini.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsuddin berkata, empat warga Pakistan bersama seorang warga tempatan itu dalam perjalanan dari Gemenceh, Negeri Sembilan ke sebuah kilang sawit di Kertau Maran.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi sekatan jalan tersebut, kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu yang dinaiki mereka ditahan untuk pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan surat kebenaran rentas negeri, manakala empat warga asing tersebut juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

"Semua yang ditahan bersama kenderaan digunakan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut di bawah Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,Seksyen 55A dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963," katanya.

Mansor berkata, kesemua yang ditahan telah dihantar ke Klinik Kesihatan Triang untuk ujian saringan Covid-19, namun tidak mempunyai simptom Covid-19.

"Lelaki warga tempatan direman selama empat hari, manakala empat warga Pakistan direman selama 14 hari bermula pada Rabu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!